? ??????????????Cherry Blossoms? ????? ?????? ???Rating: 4.5 (10 Ratings)??6 Grabs Today. 5452 Total Grabs
. ??????Get the Code?? ?? ?????Science of a Splatter? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (6 Ratings)??6 Grabs Today. 5750 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions: CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Monday, May 25, 2009

Ulasan Buku...

Tajuk Buku: Action Research for Improving Practice A Practical Guide
Pengarang: Valsa Koshy
Tahun: 2005

Konsep Kajian Tindakan:
Menurut Koshy “Action Research for Improving Practice A Practical Guide” halaman 10 ialah
- Kajian melibatkan atau penyertaan terhadap perbuatan, amalan atau kelakuan diri sendiri
- Membina teori daripada praktis
- Berasaskan atau berkait dengan situasi
- Boleh digunapakai di dalam menyelesaikan masalah yang sebenar
- Aplikasi di dalam kumpulan atau individu bertujuan untuk membaiki praktis
- Satu penambaikan
- Melibatkan analisis, refleksi dan penilaian
- Memudahkan perubahan melalui inkuiri

Tujuan/ kebaikan kajian tindakan:
Koshy di dalam bukunya halaman 21 berpandangan bahawa
Penyelidikan boleh meletakkan di dalam konteks atau situasi yang khusus
Penyelidik boleh menjadi peserta- jangan jauh dan terpisah daripada situasi kajian
Kajian tindakan melibatkan pernilaian yang berpanjangan atau berkesinambungan dan boeh membuat perubahan
Satu peluang untuk melahirkan atau munculkan teori daripada kajian yang dijalankan kerana terdapat kajian yang mengikut formula atau teori sebelumnya
Pengkaji akan berfikiran lebih terbuka
Melalui kajian tindakan, pengkaji boleh mengaplikasikan pengalaman kehidupan

Rekabentuk Kajian Tindakan :

Kitaran Kajian Tindakan
1. The spiral model by Kemmis and Mc Taggart
















2. Elliot’s action research model






















Sampel Kajian Tindakan yang telah digunakan adalah pelajar dan guru

Setting Kajian Tindakan telah dilaksanakan dalam peringkat bilik darjah, peringkat sekolah dan peringkat institusi

Langkah- langkah Kajian Tindakan :
1. Mengenal pasti topik atau masalah yang ingin dikaji
2. Membuat kajian kepustakaan
3. Merancang tindakan dan aktiviti yang ingin dilaksanakan sewaktu kajian tindakan dijalankan
4. Mengumpul data
5. Menganalisis data
6. Bertindak
7. Refleksi
8. Membuat laporan hasil kajian

Pengumpulan Data :
1. Menggunakan teknik penyoalan (soal selidik) – cara yang paling mudah dan sering digunapakai kerana pengumpulan maklumat yang cepat dalam masa yang singkat. Keburukan yang boleh terjadi daripada kaedah ini adalah bias dalam soalan yang diajukan dan boleh menjurus kepada pengaruh yang negatif dengan apa yang didapati.

2. Temubual – salah satu dalam mengumpul maklumat kerana hasil temubual merupakan bukti yang boleh digunapakai dalam kajian tindakan. Antara kebaikan lain ialah penjimatkan masa. Manakala keburukan temubual ialah memperolehi jawapan yang tidak pasti atau unsur pembohongan.

3. Dokumentari

4. Catatan diari dan nota

5. Pencerapan yang sistematik

6. Rakaman video dan fotograf

7. Bahan yang berautoriti seperti kajian kes

Penganalisis Data :
-terdapat dua cara yang digunakan Kuantifikasi data dan Deskriptif data

Kebolehpercayaan Kajian :
Secara umumnya ia bergantung kepada data yang telah dikumpul, cara pengkaji membuat analisis data, penyertaan di dalam kajian dan sumber rujukan yang dirujuk

Etika Kajian Tindakan :
1. Memohon kebenaran daripada peserta seperti ibubapa, pihak kerajaan, jabatan pendidikan dan sebagainya sebelum kajian dijalankan.
2. Meletakkan garis panduan kajian kepada peserta
3. Menyenaraikan tujuan kajian
4. Menyimpan rahsia seperti identity
5. Perkongsian maklumat dengan orang lain supaya loparan yang dihasilkan berautoriti
6. Peka dengan persekitaran kajian

Pernilaian terhadap buku:

Action Research for Improving Practice A Practical Guide hasil karya Valsa Koshy terbitan 2005 amat baik dan bagus kepada semua yang ingin memulakan kajian tindakan. Kandungan yang ditulis ini amat padat serta mudah untuk difahami serta diaplikasikan sepanjang kajian berlangsung. Beliau telah menerangkan setiap langkah yang perlu diikuti oleh pengkaji dengan mudah dan memberi contoh serta sampel berkait rapat dengan suasana realiti proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat bilik darjah, sekolah dan institusi. Dan buku ini amat berharga kepada kita yang akan memulakan kajian tindakan pertama akan datang sewaktu praktikal di sekolah nanti…

0 comments: