Di dalam proses kajian tindakan yang hendak dijalankan , terdapat 4 proses yang mesti dilalui oleh setiap guru. Keempat- empat proses tersebut tidak dapat dipisahkan kerana proses ini amat penting dan sering berkait rapat antara satu sama lain. Proses ini lebih dikenali sebagai reka bentuk kajian tindakan dan item yang terkandung di dalamnya ialah :
1. Rancangan
2. Tindakan
3. Pemerhatian
4. Refleksi
Kitaran ini akan berlangsung berulang kali sehingga mencapai matlamat yang ditetapkan. Sekiranya terdapat kekurangan sewaktu pusingan awal ketika menjalankan kajian tindakan maka keempat – empat proses tadi hendaklah diulangi dengan perancangan serta penambahbaikan. Proses ini berterusan sehingga matlamat dicapai dan permasalahan yang timbul menemui jawapan.
0 comments:
Post a Comment