? ??????????????Cherry Blossoms? ????? ?????? ???Rating: 4.5 (10 Ratings)??6 Grabs Today. 5452 Total Grabs
. ??????Get the Code?? ?? ?????Science of a Splatter? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (6 Ratings)??6 Grabs Today. 5750 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions: CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Monday, May 25, 2009

Ulasan Buku...

Tajuk Buku: Action Research for Improving Practice A Practical Guide
Pengarang: Valsa Koshy
Tahun: 2005

Konsep Kajian Tindakan:
Menurut Koshy “Action Research for Improving Practice A Practical Guide” halaman 10 ialah
- Kajian melibatkan atau penyertaan terhadap perbuatan, amalan atau kelakuan diri sendiri
- Membina teori daripada praktis
- Berasaskan atau berkait dengan situasi
- Boleh digunapakai di dalam menyelesaikan masalah yang sebenar
- Aplikasi di dalam kumpulan atau individu bertujuan untuk membaiki praktis
- Satu penambaikan
- Melibatkan analisis, refleksi dan penilaian
- Memudahkan perubahan melalui inkuiri

Tujuan/ kebaikan kajian tindakan:
Koshy di dalam bukunya halaman 21 berpandangan bahawa
Penyelidikan boleh meletakkan di dalam konteks atau situasi yang khusus
Penyelidik boleh menjadi peserta- jangan jauh dan terpisah daripada situasi kajian
Kajian tindakan melibatkan pernilaian yang berpanjangan atau berkesinambungan dan boeh membuat perubahan
Satu peluang untuk melahirkan atau munculkan teori daripada kajian yang dijalankan kerana terdapat kajian yang mengikut formula atau teori sebelumnya
Pengkaji akan berfikiran lebih terbuka
Melalui kajian tindakan, pengkaji boleh mengaplikasikan pengalaman kehidupan

Rekabentuk Kajian Tindakan :

Kitaran Kajian Tindakan
1. The spiral model by Kemmis and Mc Taggart
















2. Elliot’s action research model






















Sampel Kajian Tindakan yang telah digunakan adalah pelajar dan guru

Setting Kajian Tindakan telah dilaksanakan dalam peringkat bilik darjah, peringkat sekolah dan peringkat institusi

Langkah- langkah Kajian Tindakan :
1. Mengenal pasti topik atau masalah yang ingin dikaji
2. Membuat kajian kepustakaan
3. Merancang tindakan dan aktiviti yang ingin dilaksanakan sewaktu kajian tindakan dijalankan
4. Mengumpul data
5. Menganalisis data
6. Bertindak
7. Refleksi
8. Membuat laporan hasil kajian

Pengumpulan Data :
1. Menggunakan teknik penyoalan (soal selidik) – cara yang paling mudah dan sering digunapakai kerana pengumpulan maklumat yang cepat dalam masa yang singkat. Keburukan yang boleh terjadi daripada kaedah ini adalah bias dalam soalan yang diajukan dan boleh menjurus kepada pengaruh yang negatif dengan apa yang didapati.

2. Temubual – salah satu dalam mengumpul maklumat kerana hasil temubual merupakan bukti yang boleh digunapakai dalam kajian tindakan. Antara kebaikan lain ialah penjimatkan masa. Manakala keburukan temubual ialah memperolehi jawapan yang tidak pasti atau unsur pembohongan.

3. Dokumentari

4. Catatan diari dan nota

5. Pencerapan yang sistematik

6. Rakaman video dan fotograf

7. Bahan yang berautoriti seperti kajian kes

Penganalisis Data :
-terdapat dua cara yang digunakan Kuantifikasi data dan Deskriptif data

Kebolehpercayaan Kajian :
Secara umumnya ia bergantung kepada data yang telah dikumpul, cara pengkaji membuat analisis data, penyertaan di dalam kajian dan sumber rujukan yang dirujuk

Etika Kajian Tindakan :
1. Memohon kebenaran daripada peserta seperti ibubapa, pihak kerajaan, jabatan pendidikan dan sebagainya sebelum kajian dijalankan.
2. Meletakkan garis panduan kajian kepada peserta
3. Menyenaraikan tujuan kajian
4. Menyimpan rahsia seperti identity
5. Perkongsian maklumat dengan orang lain supaya loparan yang dihasilkan berautoriti
6. Peka dengan persekitaran kajian

Pernilaian terhadap buku:

Action Research for Improving Practice A Practical Guide hasil karya Valsa Koshy terbitan 2005 amat baik dan bagus kepada semua yang ingin memulakan kajian tindakan. Kandungan yang ditulis ini amat padat serta mudah untuk difahami serta diaplikasikan sepanjang kajian berlangsung. Beliau telah menerangkan setiap langkah yang perlu diikuti oleh pengkaji dengan mudah dan memberi contoh serta sampel berkait rapat dengan suasana realiti proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat bilik darjah, sekolah dan institusi. Dan buku ini amat berharga kepada kita yang akan memulakan kajian tindakan pertama akan datang sewaktu praktikal di sekolah nanti…

Wednesday, May 13, 2009

Buku...



nama pengarang: Valsa Koshy

tahun terbitan : 2005

tajuk buku: Action Research for Improving Practice A Practical Guide

penerbit: Paul Chapman Publishing (P.C.P), London

Aktiviti Kuliah Minggu ke-2

Aktiviti Kuliah ke-2:
Aktiviti 1
(a) Selepas mengikuti aktiviti BIG, refleksi ke atas masalah dalam diri anda:
Ø Senarai penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri anda
Ø Rancangan pelan tindakan utk penambahbaikan: matlamat (umum) dan objektif

(b) Pelan tindakan
- Nyatakan langkah yang perlu diambil
- Rancang bagaimana anda ingin kumpul data
- Bagaimana anda ingin memantau apa yang dirancang untuk dilaksanakan
- Bagaimana anda ingin menilai sama ada apa yang dirancang dan dilakukan mencapai matlamat

Jawapan
(a) Selepas mengikuti aktiviti BIG, refleksi ke atas masalah dalam diri anda:
Ø Senarai penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri anda
§ Antara masalah yang dihadapi dan perlu penambahbaikan ialah pengurusan masa dan kepimpinan

Ø Rancangan pelan tindakan utk penambahbaikan: matlamat (umum) dan objektif
§ Matlamat (umum) – supaya lebih berdisplin serta mematuhi masa dan berani untuk menjadi pemimpin
§ Objektif – supaya lebih menghargai masa, menepati masa dan bertanggungjawab.

(c) Pelan tindakan :
Nyatakan langkah yang perlu diambil
1. Membuat perancangan serta melaksanakan mengikut keutamaan
2. Mengambil perhatian yang serius dengan masa
3. Munasabah diri setiap kali berdepan dengan kelewatan masa
4. Lebih suka untuk volunteer dan belajar dari rakan lain yang berbakat dalam kepimpinan

Rancang bagaimana anda ingin kumpul data
Buat pemerhatian serta berfikir apa yang perlu dilakukan untuk tidak terlewat seperti mesyuarat di café Zaba pukul 9malam jadi saya sepatutnya berada di tempat mesyuarat awal 5 minit. Sebelum datang saya sudah bersedia dengan alat tulis serta kelengkapan lain supaya saya tidak terlewat.

Bagaimana anda ingin memantau apa yang dirancang untuk dilaksanakan
1. Buat catatan atau tandakan seperti tanda star di kelendar menunjukkan bhw saya menepati masa
2. Lekatkan nota yang bersaiz besar bhw saya mesti menepati masa
3. Meminta kawan untuk menilai diri saya




Bagaimana anda ingin menilai sama ada apa yang dirancang dan dilakukan mencapai matlamat
Sekiranya matlamat saya tercapai saya akan lebih berdisplin serta tidak merasa cemas jika saya menepati masa dan perjalanan pembelajaran lebih teratur

Aktiviti 2
Bentuk kumpulan 3 orang dalam bidang yang sama (ketua,pencatat & pembentang). Selepas mengikuti kursus kaedah mengajar:
- Refleksi ke atas masalah/ penambahbaikan dlm P&P sesuatu tujuan
- Cadangkan 1 strategi/ kaedah pengajaran utk mengatasi masalah
Jawapan

Masalah Ofisialisme Di Dalam P&P Sesetengah individu mempunyai masalah ofisialisme di dalam dirinya. masalah ini merupakan masalah yang kerap dilakukan oleh individu tersebut dan ianya melibatkan pertuturan seharian samada di dalam situasi formal ataupun bukan formal. contohnya ialah "a..., ok, ye" dan sebagainya. Bagi mengurangkan masalah tersebut, terdapat beberapa langkah untuk mengatasinya iaitu: 1. berlatih bercakap dengan kerap secara individu atau pun dengan orang lain 2. lebihkan aktiviti komunikasi dan pembentangan 3. banyakkan membaca dan tambah ilmu pengetahuan 4. lebih bersedia dan berkeyakinan 5. mempunyai rakan pembimbing- sentiasa menegur apabila kita melakukan ofisialisme Bagi kami, masalah ini dapat di atasi dengan syarat, kesedaran dan kemahuan individu untuk memperbaiki dirinya sendiri. "tiada siapa yang dapat mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan dia sendiri yang mengubahnya."

Ahli kumpulan:
1. Noorul Huda Saiepuddin P48632
2. Noor Mazira Ab Malek P48638
3. Hasan Bin Ahmad Jamhari P48589

Kuliah 2: Rekabentuk Kajian Tindakan






Di dalam proses kajian tindakan yang hendak dijalankan , terdapat 4 proses yang mesti dilalui oleh setiap guru. Keempat- empat proses tersebut tidak dapat dipisahkan kerana proses ini amat penting dan sering berkait rapat antara satu sama lain. Proses ini lebih dikenali sebagai reka bentuk kajian tindakan dan item yang terkandung di dalamnya ialah :

1. Rancangan
2. Tindakan
3. Pemerhatian
4. Refleksi

Kitaran ini akan berlangsung berulang kali sehingga mencapai matlamat yang ditetapkan. Sekiranya terdapat kekurangan sewaktu pusingan awal ketika menjalankan kajian tindakan maka keempat – empat proses tadi hendaklah diulangi dengan perancangan serta penambahbaikan. Proses ini berterusan sehingga matlamat dicapai dan permasalahan yang timbul menemui jawapan.

Tuesday, May 12, 2009

Kuliah Minggu ke-3: Pengurusan Perubahan Dlm Pendidikan

Aktiviti Minggu 3: Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan?

1- Faktor persekitaran dan masa yang tidak sesuai kerana merasakan perubahan adalah suatu yang kompleks
2- Konsep perubahan yang bertentangan dengan naluri manusia
3- Tidak yakin akan hasil perubahan yang akan datang
4- Selesa dan sebati dengan keadaan lama kerana perubahan memerlukan tindakan dan pembelajaran yang baru
5- Tidak memahami konsep perubahandan sering berfikiran negatif
6- Tidak merasa kepentingan dan kebaikan sesuatu perubahan
7- Wujud perbezaan pendapat dan pandangan di kalangan individu
8- Perubahan memerlukan kepada tempoh masa yang panjang kerana ianya melibatkan penstrukturan semula yang besar

Bincangkan cara penyelesaian :

1- Perlu selalu bersedia kerana perubahan sering berlaku dalam kehidupan
2- Menerima dan membuat penyelidikan atau tinjauan awal sama ada perubahan yang dibuat akan membawa kepada kemaslahatan ataupun tidak
3- Mesti bersikap berani kerana untuk mengubah pasti mengalami risiko
4- Menyenaraikan sebanyak mungkin kepentingan dan kebaikan yang akan diperolehi
5- Sentiasa berfikiran positif
6- Perlu banyak membaca dan menambah ilmu pengetahuan secara langsung dan tidak langsung

Sunday, May 10, 2009

contoh kajian tindakan

Contoh Kajian Tindakan

Kajian tindakan yang ingin dilakukan oleh saya ialah Pernilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) kepada pelajar tingkatan 1.

Tajuk Kajian Tindakan : Pernilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA)
Penglibatan : Pelajar tingkatan 1
Tajuk Pengkhususan Kajian Tindakan : Cara Bersuci daripada Hadas Besar
Objektif : 1. Mengenalpasti pelajar yang lemah contohnya tidak tahu melakukan mandi wajib dengan
sempurna.
2. Memastikan supaya pelajar tidak keciciran di dalam bab asas Fardhu Ain.
3. Menimbulkan perasaan yang positif seperti menyuburkan keinsafan serta menghayati
amalan kehidupan harian kerana Allah s.w.t
Cara Pelaksanaan : 1. Pernilaian dijalankan secara berterusan dan berbentuk lisan dan amali.
2. Memberi penerangan serta bimbingan supaya pelajar jelas.
3. Memberi masa serta peluang secukupnya terutamanya perkara berkaitan
hafazan seperti niat.
4.Menilai tahap kefahaman pelajar. Sekiranya didapati kurang memuaskan,
pelajar dikehendaki mengulanginya untuk memperbaiki kesalahan dan
kelemahan supaya matlamat tercapai.
5. Rekod setiap prestasi pelajar dari masa ke semasa.

jenis -jenis kajian tindakan

Jenis-Jenis Kajian Tindakan:
1- Kajian Tindakan Amalan (pratical action research)
Ianya melibatkan peninjauan tentang amalan guru dalam konteks bilik darjah seperti aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku. Kajian ini boleh dilaksanakan ke atas diri sendiri dan guru lain yang mengajar mata pelajaran sama. Satu pelan tindakan perlu diwujudkan supaya proses kajian jelas dan matlamat tercapai dengan memberi fokus utama terhadap amalan guru dan pembelajaran pelajar.

2- Kajian Tindakan Penyertaan (praticipatory action research)
Ianya merupakan kajian tindakan yang berlaku di luar bilik darjah. Selalunya berkait rapat dengan isu-isu sosial yang boleh menyekat atau menghalang perkembangan serta potensi pelajar. Di sini guru perlu mewujudkan pelan tindakan dengan meninjau semua aspek pelajar seperti latar belakang sosial pelajar dan persekitaran sekolah. Penglibatan secara kolaborasi di dalam melaksanakan kajian tindakan berbentuk penyertaan ini amat digalakkan supaya kajian ini menjadi lebih mantap dengan tercetusnya idea baru serta penyelesaian berakhir dan matlamat tercapai dengan baik.

kajian tindakan

Kajian Tindakan ialah suatu pendekatan untuk memperbaiki atau mengubah amalan kerja dengan menambah kefahaman baru sebagai keperluan guru untuk memahami situasi sosial yang sebenar dan meningkatkan profesionalisme dalam profesion keguruan.