Jenis-Jenis Kajian Tindakan:
1- Kajian Tindakan Amalan (pratical action research)
Ianya melibatkan peninjauan tentang amalan guru dalam konteks bilik darjah seperti aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku. Kajian ini boleh dilaksanakan ke atas diri sendiri dan guru lain yang mengajar mata pelajaran sama. Satu pelan tindakan perlu diwujudkan supaya proses kajian jelas dan matlamat tercapai dengan memberi fokus utama terhadap amalan guru dan pembelajaran pelajar.
2- Kajian Tindakan Penyertaan (praticipatory action research)
Ianya merupakan kajian tindakan yang berlaku di luar bilik darjah. Selalunya berkait rapat dengan isu-isu sosial yang boleh menyekat atau menghalang perkembangan serta potensi pelajar. Di sini guru perlu mewujudkan pelan tindakan dengan meninjau semua aspek pelajar seperti latar belakang sosial pelajar dan persekitaran sekolah. Penglibatan secara kolaborasi di dalam melaksanakan kajian tindakan berbentuk penyertaan ini amat digalakkan supaya kajian ini menjadi lebih mantap dengan tercetusnya idea baru serta penyelesaian berakhir dan matlamat tercapai dengan baik.
Sunday, May 10, 2009
jenis -jenis kajian tindakan
Posted by Noor Mazira Ab Malek at 7:10 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment