Aktiviti Minggu 3: Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan?
1- Faktor persekitaran dan masa yang tidak sesuai kerana merasakan perubahan adalah suatu yang kompleks
2- Konsep perubahan yang bertentangan dengan naluri manusia
3- Tidak yakin akan hasil perubahan yang akan datang
4- Selesa dan sebati dengan keadaan lama kerana perubahan memerlukan tindakan dan pembelajaran yang baru
5- Tidak memahami konsep perubahandan sering berfikiran negatif
6- Tidak merasa kepentingan dan kebaikan sesuatu perubahan
7- Wujud perbezaan pendapat dan pandangan di kalangan individu
8- Perubahan memerlukan kepada tempoh masa yang panjang kerana ianya melibatkan penstrukturan semula yang besar
Bincangkan cara penyelesaian :
1- Perlu selalu bersedia kerana perubahan sering berlaku dalam kehidupan
2- Menerima dan membuat penyelidikan atau tinjauan awal sama ada perubahan yang dibuat akan membawa kepada kemaslahatan ataupun tidak
3- Mesti bersikap berani kerana untuk mengubah pasti mengalami risiko
4- Menyenaraikan sebanyak mungkin kepentingan dan kebaikan yang akan diperolehi
5- Sentiasa berfikiran positif
6- Perlu banyak membaca dan menambah ilmu pengetahuan secara langsung dan tidak langsung
Tuesday, May 12, 2009
Kuliah Minggu ke-3: Pengurusan Perubahan Dlm Pendidikan
Posted by Noor Mazira Ab Malek at 7:21 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment